El's Novel Blog Official
About Stuff Diary D'Board +Follow







|



Nak hadiah ? Tekanlah salah satu dekat atas:3
Click mine? Click yours

Template by : El


SHERINA SHERIDAN - She's my sister, twins, friends, enemy, girlfriend, she's everything for me. She's there when I'm in pain, when I'm happy, sad. I really don't want to lose her cause she is the best BFF I ever had. #PianoGirlz
  • Aku, Dia dan Coklat ~ Bahagian 1
  • Pertandingan 'My Talents' Oleh Lina CtNurshazalina
  • Aku, Dia dan Coklat ~ Sinopsis


  • Aku, Dia dan Coklat ~ Bahagian 2

    Telefon Izzati berbunyi. Izzati yang sedang membaca novel itu menggelabah mencari telefon bimbitnya. "Assalamualaikum. Hello. Hah. Kenapa Lola? Datang rumah awak? Mengapa pula? Ya. Saya datang." Izzati bergegas menelefon Arisya dan Fida serentak.

    Izzati: Assalamualaikum. Hello. Arisya, Fida, Lola suruh kita datang ke rumahnya sekarang juga.

    Arisya: Waalaikumsalam. Mengapa pula? Dia ada masalahkah?

    Fida: Waalaikumsalam Izzati. Maaflah, tadi saya pergi ke dapur sebentar dan biarkan telefon saya begitu sahaja. Oh ya, ada apa dengan Lola?

    Izzati: Entahlah. Tadi, dia suruh saya beritahu kamu berdua supaya bergegas datang ke rumahnya. Dia kata, ada sesuatu yang ingin dibincangkan dengan kita bertiga.

    Arisya: Oh, baiklah. Kalau begitu, lebih baik saya bersiap. Saya jemput awak dan Fida secepat mungkin ya! Kamu berdua, apa lagi, cepat-cepatlah bersiap! Nanti, saya dah sampai, baru nak terhegeh-hegeh bersiap.

    Fida dan Izzati: Ok boss! *dengan nada serentak*

    Arisya, Fida dan Izzati bersiap sepantas yang mereka boleh. Lalu, Arisya menjemput mereka pada pukul 1:00 petang. Dengan sepantas kilat, Arisya membawa kereta sepantas yang boleh supaya mereka cepat sampai di rumah Lola.

    "Lola, ada apa? Kenapa kamu suruh kami bertiga datang ke sini?" tanya Fida dengan perasaan ingin tahu. "Begini, malam selepas hari jadi Fida, saya ada terfikir mahu mencari kerja. Jadi, saya mahu pendapat kamu bertiga, Mana tahu nanti kita boleh cari kerja bersama-sama? Bukankah bagus!" kata Lola dengan penuh keriangan. Arisya, Izzati dan Fida, mengukirkan senyuman yang seperti tidak ikhlas untuk Lola. Kerana Lola menyangkakan mereka setuju, akhirnya Lola membuat keputusan yang Lola dan mereka bertiga akan mencari kerja bersama-sama. Dengan kuatnya mereka berkata, "HAH?!" Mereka bertiga amat terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh Lola itu.




    Nak hadiah best ? Klik banner atas tu :)