El's Novel Blog Official
About Stuff Diary D'Board +Follow







|



Nak hadiah ? Tekanlah salah satu dekat atas:3
Click mine? Click yours

Template by : El


SHERINA SHERIDAN - She's my sister, twins, friends, enemy, girlfriend, she's everything for me. She's there when I'm in pain, when I'm happy, sad. I really don't want to lose her cause she is the best BFF I ever had. #PianoGirlz
  • Aku, Dia dan Coklat ~ Bahagian 2
  • Aku, Dia dan Coklat ~ Bahagian 1
  • Pertandingan 'My Talents' Oleh Lina CtNurshazalina
  • Aku, Dia dan Coklat ~ Sinopsis


  • Aku, Dia dan Coklat ~ Bahagian 2

    Telefon Izzati berbunyi. Izzati yang sedang membaca novel itu menggelabah mencari telefon bimbitnya. "Assalamualaikum. Hello. Hah. Kenapa Lola? Datang rumah awak? Mengapa pula? Ya. Saya datang." Izzati bergegas menelefon Arisya dan Fida serentak.

    Izzati: Assalamualaikum. Hello. Arisya, Fida, Lola suruh kita datang ke rumahnya sekarang juga.

    Arisya: Waalaikumsalam. Mengapa pula? Dia ada masalahkah?

    Fida: Waalaikumsalam Izzati. Maaflah, tadi saya pergi ke dapur sebentar dan biarkan telefon saya begitu sahaja. Oh ya, ada apa dengan Lola?

    Izzati: Entahlah. Tadi, dia suruh saya beritahu kamu berdua supaya bergegas datang ke rumahnya. Dia kata, ada sesuatu yang ingin dibincangkan dengan kita bertiga.

    Arisya: Oh, baiklah. Kalau begitu, lebih baik saya bersiap. Saya jemput awak dan Fida secepat mungkin ya! Kamu berdua, apa lagi, cepat-cepatlah bersiap! Nanti, saya dah sampai, baru nak terhegeh-hegeh bersiap.

    Fida dan Izzati: Ok boss! *dengan nada serentak*

    Arisya, Fida dan Izzati bersiap sepantas yang mereka boleh. Lalu, Arisya menjemput mereka pada pukul 1:00 petang. Dengan sepantas kilat, Arisya membawa kereta sepantas yang boleh supaya mereka cepat sampai di rumah Lola.

    "Lola, ada apa? Kenapa kamu suruh kami bertiga datang ke sini?" tanya Fida dengan perasaan ingin tahu. "Begini, malam selepas hari jadi Fida, saya ada terfikir mahu mencari kerja. Jadi, saya mahu pendapat kamu bertiga, Mana tahu nanti kita boleh cari kerja bersama-sama? Bukankah bagus!" kata Lola dengan penuh keriangan. Arisya, Izzati dan Fida, mengukirkan senyuman yang seperti tidak ikhlas untuk Lola. Kerana Lola menyangkakan mereka setuju, akhirnya Lola membuat keputusan yang Lola dan mereka bertiga akan mencari kerja bersama-sama. Dengan kuatnya mereka berkata, "HAH?!" Mereka bertiga amat terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh Lola itu.




    Nak hadiah best ? Klik banner atas tu :)
    Aku, Dia dan Coklat ~ Bahagian 1

    Lola bersolek gaya-gaya simple untuk majlis hari jadi kawannya Rafidah. Baju peplum bercorakkan hati kemas dipakai. "Lola! Cepatlah! Nanti bising pula 'nenek' Fida itu kerana kita terlambat pada majlis hari jadinya yang ke-21," jerit Arisya. Arisya dan Izzati menunggu Lola dengan muka yang berkerut kerana menahan sabar. "Ya! Ya! Saya datang! Tunggulah sebentar. Saya mahu pakai tudung dahulu!" kata Lola sambil membetulkan tudungnya yang belum habis dililit itu.

    "Selamat hari jadi.. Selamat hari jadi.. Selamat hari jadi..Fida.. Selamat hari jadi!" Fida membuat reaksi terkejut. Walhal, dia sudah tahu yang mereka mahu menyanyikan lagu hari jadi untuk dirinya. Setelah lagu itu habis dinyanyikan kepada Fida, Lola, Arisya dan Izzati mendekati Fida sambil menyorokkan sesuatu dibelakang mereka. "Lola, Arisya, Izzati, apa yang kamu sorokkan di belakang kamu itu?" tanya Fida dengan reaksi muka yang pelik. "Tadaaa! Selamat hari jadi Fida!" jerit mereka sekuat hati sambil mengeluarkan hadiah yang disorok oleh mereka tadi. "Oh.. Terima kasih semua! Untung saya ada kawan-kawan macam kamu semua," kata Fida dengan rasa terharu sehinggakan matanya seperti mahu menitiskan air mata.

    "Ah, penatnya," kata Lola sambil mengeluh kerana kepenatan. Lola menukar baju yang dipakainya tadi. Dia baring di atas katil empuk yang bersarungkan cadar merah jambu. Tiba-tiba, hatinya terdetik. Dia berfikir, patutkah minggu hadapan dia mula mencari kerja? Dia sudah 21 tahun dan masih tidak ada satu pun pekerjaan. Lola akhirnya membuat keputusan. Dia bercadang mahu membincangkan perkara ini bersama Arisya, Fida dan Izzati. Lampu ditutup. Lola terus tidur tanpa memikir apa-apa lagi. Dia sudah kepenatan tahap maksimum!




    Nak hadiah best ? Klik banner atas tu :)
    Pertandingan 'My Talents' Oleh Lina CtNurshazalina

    Assalamualaikum.

    Sebelum El sambung sedikit cerita 'Aku, Dia dan Coklat' semalam itu , El mahu promote sedikit aktiviti yang sedang kami jalankan di group The Future Novelistar di Facebook . Kepada yang ada Facebook itu dan yang berminat mahu jadi novelis cilik , bolehlah join group ini dan sertai aktiviti yang dibuat oleh Kak Lina CtNurshazalina ini . Hadiahnya memang lumayan untuk novelis cilik seperti kamu ! Informasi ? Boleh baca di bawah . Mama El dah bagi El join . El mahu siapkan novel yang akan El tulis ini . ^          ^ Tidak sabarnya !

    Syarat-syaratnya :-

    - Pertandingan ini boleh disertai oleh semua orang tidak mengira umur , bangsa atau kewarganegaraan .

    - Jawapan ditulis menggunakan Bahasa Melayu penuh .

    -Singkatan ejaan dan penggunaan bahasa SMS / slanga akan ditolak serta-merta .

    - Tuliskan keseluruhan jumlah perkataan di hujung penamat cerpen .

    - Mengisi borang penyertaan
    Nama Penuh :
    Nama Pena :
    Umur :
    Nama sekolah :
    Tajuk Karya :

    - Post karya anda di group The Future Novelistar atau emel kepada (nurshazaoffical@gmail.com)

    Hadiah-hadiah menarik menanti anda :-

    - Novel yang paling menarik akan diletakkan di dalam blog Kak Lina .

    Sesiapa yang membuat cerpen : akan dihantar di Penulisan2U

    Sesiapa yang membuat novel : Akan dihantar di PTS atau Blink cuma PTS mahu sinopsis dahulu .

    -Tarikh tutup penyertaan pada 31/11/2013 sebelum 11.59 malam .

    P/S : Sebarang pertanyaan boleh ditinggalkan di ruang komen atau dalam kumpulan The Future Novelistar .

    Rangka cerita :-

    - WAJIB ada sinopsis
    - Menggunakan Bahasa Melayu yang betul
    - Tema bebas
    - Tidak lebih dari 400m/s

    Dah baca sampai habis ? Hah , bagaimana ? Kalau berminat mahu serta , boleh bagi link Facebook kamu pada El , dan InshaAllah El akan bincang dengan Kak Lina . ☺

    Salam sayang ,
    El .




    Nak hadiah best ? Klik banner atas tu :)
    Aku, Dia dan Coklat ~ Sinopsis

    Amirah Laila seorang gadis berumur 25 tahun yang belajar di Limkokwing University di London. Menetap semula di Kuala Lumpur pada 5 Jun 2011. Beliau lebih senang dipanggil Lola. Mempunyai 5 orang adik-beradik dan dia yang pertama dari 4 orang adik beradiknya yang lain. Seorang yang aktif dan suka membeli-belah di tempat kegemarannya di Pavillion. Selepas beberapa hari menetap di Kuala Lumpur, dia membuat cadangan untuk mencari kerja dan akhirnya dia mendapat kerja di sebuah syarikat yang dimiliki oleh ayah kepada rakan baiknya, Arisya dan juga berdekatan dengan rumahnya. Setelah sebulan bekerja di situ, dia berjumpa dengan seorang pemuda tampan yang bernama Daniel. Sehari selepas dia berjumpa dengan Daniel, Lola sering diberi bunga dan coklat. Hampir setiap hari! Siapa yang berikan dia bunga dan coklat itu, dia sendiri pun tidak tahu. Dapatkah Lola tahu siapa pemberi bunga dan coklat yang rahsia itu?

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Rasanya itu sahaja dulu buat masa ini . InshaAllah bahagian 1 'Aku, Dia dan Coklat' akan ditulis pada esok harinya . ☺ Terima kasih kerana sudi membaca !

    Salam sayang ,
    El .




    Nak hadiah best ? Klik banner atas tu :)