El's Novel Blog Official
About Stuff Diary D'Board +Follow







|



Nak hadiah ? Tekanlah salah satu dekat atas:3
Click mine? Click yours

Template by : El


SHERINA SHERIDAN - She's my sister, twins, friends, enemy, girlfriend, she's everything for me. She's there when I'm in pain, when I'm happy, sad. I really don't want to lose her cause she is the best BFF I ever had. #PianoGirlz
  • Pertandingan 'My Talents' Oleh Lina CtNurshazalina
  • Aku, Dia dan Coklat ~ Sinopsis


  • Aku, Dia dan Coklat ~ Bahagian 1

    Lola bersolek gaya-gaya simple untuk majlis hari jadi kawannya Rafidah. Baju peplum bercorakkan hati kemas dipakai. "Lola! Cepatlah! Nanti bising pula 'nenek' Fida itu kerana kita terlambat pada majlis hari jadinya yang ke-21," jerit Arisya. Arisya dan Izzati menunggu Lola dengan muka yang berkerut kerana menahan sabar. "Ya! Ya! Saya datang! Tunggulah sebentar. Saya mahu pakai tudung dahulu!" kata Lola sambil membetulkan tudungnya yang belum habis dililit itu.

    "Selamat hari jadi.. Selamat hari jadi.. Selamat hari jadi..Fida.. Selamat hari jadi!" Fida membuat reaksi terkejut. Walhal, dia sudah tahu yang mereka mahu menyanyikan lagu hari jadi untuk dirinya. Setelah lagu itu habis dinyanyikan kepada Fida, Lola, Arisya dan Izzati mendekati Fida sambil menyorokkan sesuatu dibelakang mereka. "Lola, Arisya, Izzati, apa yang kamu sorokkan di belakang kamu itu?" tanya Fida dengan reaksi muka yang pelik. "Tadaaa! Selamat hari jadi Fida!" jerit mereka sekuat hati sambil mengeluarkan hadiah yang disorok oleh mereka tadi. "Oh.. Terima kasih semua! Untung saya ada kawan-kawan macam kamu semua," kata Fida dengan rasa terharu sehinggakan matanya seperti mahu menitiskan air mata.

    "Ah, penatnya," kata Lola sambil mengeluh kerana kepenatan. Lola menukar baju yang dipakainya tadi. Dia baring di atas katil empuk yang bersarungkan cadar merah jambu. Tiba-tiba, hatinya terdetik. Dia berfikir, patutkah minggu hadapan dia mula mencari kerja? Dia sudah 21 tahun dan masih tidak ada satu pun pekerjaan. Lola akhirnya membuat keputusan. Dia bercadang mahu membincangkan perkara ini bersama Arisya, Fida dan Izzati. Lampu ditutup. Lola terus tidur tanpa memikir apa-apa lagi. Dia sudah kepenatan tahap maksimum!




    Nak hadiah best ? Klik banner atas tu :)